Sehingga kini ProShow Producer merupakan perisian yang terbaik untuk mebuat slide show. Perisian ini amat ringan. RAM 2GB pun masih baik untuk membuat slide show.
http://www.photodex.com/proshow/producer
Tuesday, June 13, 2017
Sunday, June 11, 2017
Belajar secara sedikit-sedikit
Teringat aku ketika mula belajar komputer....aku hanya tumpu pada control panel...apa lagi yang aku tak tahu pada bahagian tersebut...so aku hanya teroka bahagian tersebut sehingga aku faham apa fungsi setiap bahagian tersebut.....belajar sedikit2 ;)
Fungsi run pada windows..
Sebenarnya fungsi run pada windows dapat mengarahkan program untuk buka aplikasi. Sebagai contoh...jika anda ingin run dos...boleh taip cmd dan lain-lain arahan seperti notepad .
Wednesday, June 7, 2017
Macam mana nak mahir komputer
PESAN GURU AKU
Ini adalah pesan guru-guru aku ketika aku mula kenal komputer sekitar 1995.
Guru pertama aku seorang bangsa Cina 1995. Aku antara yang bertuah kerana mengenali komputer sejak zaman DOS. Pada ketika ini komputer hanya ada screen dan keyboard. Guna command prompt sahaja untuk memberi arahan pada komputer. Maknya ini banyak mengajar aku. Setiap kali orang guna komputer aku akan duduk kat belakang perhati apa mereka buat. Penyelesaian masalah komputer ada berhampiran perkara tersebut. Contoh kalau tak boleh print..dia minta semak cable power, driver.
Guru kedua aku 1996 & 1998. Jangan tanya soalan yang sama dua kali. Ini menjadikan aku akan ingat apa masalah yang menimpa dan penyelesaianya. Jika tanya kali kedua soalan yang sama conform kena maki. Nak berjaya kena maki.
Guru yang ketiga 2000. Untuk mahir komputer anda kena berfikir seperti komputer. Terkial-kial aku mencari klu. Mana taknya dia menjelaskan komputer ni berfikir mudah ja...dia hanya kenal 0 dan 1. Satu lagi komputer yes or not. Tiada separuh-separuh.
BAGAIMANA NAK MAHIR KOMPUTER
Pertama sekali perlu minat. Kedua mulakan belajar dari perkara yang dekat dengan anda. Sebagai contoh pada desktop..sila teroka semua fungsi apa yang masih belum anda kuasai.
Selepas itu belajar tentang perisian asas seperti word, power point, excel, perkakasan, kuasai pengurusan networking, perisian lebih advance seperti perisian penyunting grafik, bunyi, gambar dan multimedia, kembangkan pengatahuan kepada pangkalan data seperti access dan online. Belajar pengaturcaraan.
Yang penting setiap hari pastikan anda belajar sesuatu yang baharu...
Mencari driver untuk komputer
Driver Booster 4.4
Mencari driver untuk komputer memang memenatkan. Mana tak penatnya perlu cari satu persatu. Bagi mereka yang pernah format komputer mungkin tidak asing lagi dengan perkara ini. Aku dah sampai satu tahap berasa amat malas sangat untuk format komputer jika diminta oleh rakan-rakan.
Ok bagi mereka yang masih baru di dalam dunia kumputer dengan menggunakan perisian ini Driver Booster 4.4 mampu mencari setiap driver yang belum lengkap dalam komputer anda. Dengan syarat setiap komputer anda boleh mengakses internet. Hanya run sahaja perisian tersebut dan dia akan bekerja sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perisian ProShow Producer baik untuk slide show
Sehingga kini ProShow Producer merupakan perisian yang terbaik untuk mebuat slide show. Perisian ini amat ringan. RAM 2GB pun masih baik u...
-
Sehingga kini ProShow Producer merupakan perisian yang terbaik untuk mebuat slide show. Perisian ini amat ringan. RAM 2GB pun masih baik u...
-
PESAN GURU AKU Ini adalah pesan guru-guru aku ketika aku mula kenal komputer sekitar 1995. Guru pertama aku seorang bangsa Cina 1...
-
Teringat aku ketika mula belajar komputer....aku hanya tumpu pada control panel...apa lagi yang aku tak tahu pada bahagian tersebut...so aku...