PESAN GURU AKU
Ini adalah pesan guru-guru aku ketika aku mula kenal komputer sekitar 1995.
Guru pertama aku seorang bangsa Cina 1995. Aku antara yang bertuah kerana mengenali komputer sejak zaman DOS. Pada ketika ini komputer hanya ada screen dan keyboard. Guna command prompt sahaja untuk memberi arahan pada komputer. Maknya ini banyak mengajar aku. Setiap kali orang guna komputer aku akan duduk kat belakang perhati apa mereka buat. Penyelesaian masalah komputer ada berhampiran perkara tersebut. Contoh kalau tak boleh print..dia minta semak cable power, driver.
Guru kedua aku 1996 & 1998. Jangan tanya soalan yang sama dua kali. Ini menjadikan aku akan ingat apa masalah yang menimpa dan penyelesaianya. Jika tanya kali kedua soalan yang sama conform kena maki. Nak berjaya kena maki.
Guru yang ketiga 2000. Untuk mahir komputer anda kena berfikir seperti komputer. Terkial-kial aku mencari klu. Mana taknya dia menjelaskan komputer ni berfikir mudah ja...dia hanya kenal 0 dan 1. Satu lagi komputer yes or not. Tiada separuh-separuh.
BAGAIMANA NAK MAHIR KOMPUTER
Pertama sekali perlu minat. Kedua mulakan belajar dari perkara yang dekat dengan anda. Sebagai contoh pada desktop..sila teroka semua fungsi apa yang masih belum anda kuasai.
Selepas itu belajar tentang perisian asas seperti word, power point, excel, perkakasan, kuasai pengurusan networking, perisian lebih advance seperti perisian penyunting grafik, bunyi, gambar dan multimedia, kembangkan pengatahuan kepada pangkalan data seperti access dan online. Belajar pengaturcaraan.
Yang penting setiap hari pastikan anda belajar sesuatu yang baharu...
No comments:
Post a Comment